Kesan pandemik COVID-19 terhadap seni dan warisan budaya

Pandemik COVID-19 memberi kesan ketara terhadap bidang seni dan warisan budaya. Kewujudan institusi seni/budaya dan nasib pekerjanya pada masa ini dipengaruhi oleh krisis kesihatan di seluruh dunia dan keadaan yang tidak menentu. Sambil terus melaksanakan misi mereka untuk memberikan akses kepada warisan budaya masyarakat, mereka juga harus menanggapi perubahan mendadak dalam model perniagaan dan bagaimana memastikan keselamatan koleksi dan keselamatan pekerja.[1]

Sebahagian besar institusi budaya di seluruh dunia menutup laman fizikal mereka sejak Mac 2020 sehingg waktu yang belum ditentukan. Muzium dan pusat seni/budaya lain dikategorikan sebagai perkhidmatan tidak penting sehingga harus dihentikan seluruh kegiatan operasi fizikalnya.[2] Pameran, pertunjukan, dan semua aktiviti lawatan, juga harus ditunda atau dibatalkan. Untuk tetap dapat menjangkau masyarakat, banyak dari mereka yang akhirnya memaksimumkan penggunaan platform dalam talian. Inisiatif ini juga didorong oleh fenomena kenaikan jumlah kunjungan maya sepanjang tempoh pandemik.[2]

  1. ^ Feldman, Kaywin (2020-09-09). "Leading the NATIONAL GALLERY of ART during COVID-19". Museum Management and Curatorship. 0 (0): 1–6. doi:10.1080/09647775.2020.1790152. ISSN 0964-7775.
  2. ^ a b Agostino, Deborah; Arnaboldi, Michela; Lampis, Antonio (2020-07-03). "Italian state museums during the COVID-19 crisis: from onsite closure to online openness". Museum Management and Curatorship. 35 (4): 362–372. doi:10.1080/09647775.2020.1790029. ISSN 0964-7775.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search